Sunday, March 22, 2009

Gathering Warga Forum Akuakultur Bicara Jutawan.com

Pada 21 Mac 2009 (Sabtu) bersamaan 24 Rabiul Awwal 1430 H, warga forum akualultur BicaraJutawan.com telah berkumpul buat pertama kalinya di kolam Green Vision Sdn Bhd. Kami berbesar hati mendapat kunjungan dari mereka yang rata-ratanya berpengalaman dalam bidang penternakan di samping mereka yang baru untuk menjinakkan diri dalam bidang akuakultur ini.
Antara sahabat-sahabat yg hadir ialah idaniel, aquarin, z hasa, uchop, adzmi, dinok22, azdin, mior, kelicantik, martz_08,Akhbar Sahari, din, fuad dan lain-lain(lupa plaks..). dan yang pastinya tuan rumah, harrisfarris.
Selain dapat bersua muka dengan sahabat-sahabat "gelap" di forum, mereka juga dapat berdiskusi dengan penternak yang berpengalaman seperti saudara Uchop dan Adzmi. Majlis di pengerusikan oleh penganjur program ini iaitu saudara Z hasa yang juga sudi sponsor air kotak n air mineral.
Diharapkan dengan perjumpaan ini, akan wujud networking yang baik di antara para penternak seluruh Malaysia.
Gambar Kenangan sebelum pulang

Khusyuk mendengar pengalaman dan ilmu dari sifu-sifu
*antara yg hadir Saudara Akhbar Sahari (pengacara Scoreboard TV3) dan isteri

Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan dan dijadikan acara tahunan warga BJ bagi mengeratkan ukhwah dan melebarkan sayap perniagaan masing-masing. Diharapkan juga gathering kali ke-2 siri 2009 di kolam Tn Hj Hanafiah di Sg.Petani pada 5/4/2009 ini akan memberi lebih bnayak input-input yang baik dan menarik buat para penternak dan forumer BJ khasnya.

0 comments: