Sunday, August 23, 2009

Usahawan berjaya..

Semalam balik dari Kedah, sempat singgah kolam peserta contract farming kita di Bidor,Perak. En Roslan namanya...hmmm...dah lama x dengar cerita dr beliau. So, semalam alang-alang lalu..menjenguk la sekejap. Masa kami sampai, beliau dan ank2 tengah menangguk ikan untuk dijual kepada pemborong yang menunggu...
Boleh dikatakan beliau sudah berjaya dan tak bergantung kepada GV untuk menjual ikan2 beliau. Malah, benih ikan keli juga beliau beli sendiri..oklah tuu..Sebenarnya, itulah yang GV harapkan..agar para penternak dan usahawan keli tidak bergantung sepenuhnya kepada syarikat..bergerak sendiri dan berusaha sendiri barulah dapat hasil yang lebih. Buktinya, En Roslan dah mendirikan sebuah banglo di hadapan kolam beliau..katanya, hasil duit ikan. Mak oii...hebat betul En Roslan kita ni...
Kami juga sempat menjenguk kolam kawan2 En Roslan ni..En Zailan dan En Ramli...Alhamdulillah..semuanya menampakkan hasil..siap ada hatcheri untuk pembenihan lagi. Bagus usaha mereka. Sebenarnya, mereka bertiga mengambil kursus pengurusan asas kolam di GV, tetapi hanya En Roslan sahaja menjadi peserta contract farming. Manakala 2 org lagi x jadi masuk contract farming sebab tak cukup modal masa tu. Tapi alhamdulillah...dengan usaha sendiri, mereka semakin berjaya. Itulah yang kami harapkan. Mereka datang ke GV untuk mencari ilmu tentang dunia ikan, dan kini kami bersyukur kerana ilmu yang dicurahkan kepada mereka tidak disia-siakan.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada En Roslan, En Zailan dan En Ramli. Semoga kalian terus maju dalam dunia penternakan ikan.

Thursday, August 20, 2009

Info Ternakan Keli

Tahukah anda ikan di laut sudah semakin berkurangan ketika ini?Ini bukan omongan kosong, ia dinyatakan sendiri oleh "orang kuat" persatuan nelayan Malaysia pada konvensyen perikanan baru-baru ini. Bermakna, masyarakat kita akan berkurangan sumber protein sekiranya terus bergantung kepada sumber laut ini. Tidak dapat dielakkan, ikan air tawar akan mendapat sambutan yang tinggi bagi memenuhi keperluan protein negara, tidak kiralah ikan keli, talapia atau sebagainya. Suatu hari nanti, penternak ikan air tawar akan mendapat manfaat yang besar dari nya.

Ikan Keli adalah sejenis ikan air tawar yang tahan lasak dan senang dibela. Ia adalah salah satu spesis catfish yang semakin mendapat tempat di negara kita dan juga dunia. Ini kerana kandungan protein yang tinggi dan mempunyai kandungan omega3 yang baik untuk pertumbuhan manusia. Ia kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Ini dibuktikan semua restoran punya hidangan keli. Malaysia memainkan peranan dalam industri akuakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.

Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif terhadap spesis ini antara halangan awal. Namun, dengan perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan telah mengubah penerimaan masyarakat terhadap ternakan ini.

Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadapnya, contohnya ikan keli sudah divariasikan kepada sardin, nugget dan sebagainya yang menambah value added kepada industri penternakan keli. Ia berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peneraju utama selain sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas dan polytank.

Kepada penternak baru yang ingin menyahut cabaran menternak keli untuk dikomersialkan, boleh menghubungi pihak kami untuk mendapat khidmat nasihat, bantuan dan tunjuk ajar.

Kualiti air bagi ikan keli

Ramai rakan penternak mengadu ikan mereka mati setelah seminggu dua di masuk ke dalam kolam ternakan. Bila ditanya keadaan air kolam, penternak membiarkan air mengalir keluar - masuk. Tujuan baik, tapi tidak kena pada tempatnya.

Ikan keli tidak seperti ternakan lain seperti talapia, lampan atau baung yang memerlukan air sentiasa keluar-masuk ke dalam kolam. Kematian ternakan dan petumbuhan ikan ini terbantut sekiranya diternak di dalam air jernih.

Ikan berbau

Penternak mungkin memikirkan ternakan akan berbau sekiranya diternak dalam air hijau/keruh. Walaupun hijau, air kolam mesti dimasukkan secara berkala bagi mengelak air berbau.

Hasilkan air hijau

Pada kebiasaannya bila anak ikan dimasukkan dalam tempoh seminggu air kolam akan menjadi hijau. Namun penternak boleh menggunakan medium sokongan iaitu bahan-bahan organik bagi tujuan menghasilkan air hijau di peringkat awal. Tinja lembu kering dan baja tinja ayam antara yang biasa digunakan penternak disebabkan kos lebih murah berbanding baja kimia.

Diharap penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit gambaran berkenaan kualiti air bagi ternakan keli terutamanya kepada mereka yang baru menceburi bidang ini.

Sumber: www.pergauhatchery.com

Kualiti air bagi ikan keli

Untuk hari ini, pihak GV ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai penternakan ikan keli yang perlu diketahui umum khasnya kepada penternak baru yang masih belum mengetahui kaedah dan cara penternakan yang sesuai bagi ikan keli.

Umumnya ketika ini, pelbagai kaedah diperkenalkan dalam menternak keli. Antara yang popular bagi penternak baru kita ialah polytank dan kanvas. Semua menekankan tentang aspek kebersihan dan kualiti air, malah ada yang mengatakan kaedah pembelaan dalam tangki, polytank dan kanvas ini menjamin kebersihan air dan kejernihan air.
Sebenarnya, fakta ini adalah salah sama sekali. Ikan keli akan lebih cepat membesar jika disesuaikan dengan habitat semulajadinya.
Sila baca petikan dibawah :

Bolehkan ikan keli diternak dalam air jernih?

Jawapannya ’tidak boleh’

Ikan keli bukan spesies ikan yang hidup dalam air jernih. Ikan ini memerlukan air yang keruh atau hijau bagi membekal makanan dan pelindungan semulajadi. Buktinya habitat asal ikan ini seperti di sawah padi, tali air atau hilir sungai, bukannya di kawasan hulu sungai yang mempunyai air jernih seperti kawasan cegar dan jeram.

Jadi, diharapkan agar penternak baru faham dan rujuk pada mereka yang telah berpengalaman dalam mengendalikan penternakan keli ini.