Friday, November 28, 2008

Keli Kaya lemak Omega-3

Hidangan ikan keli kini semakin diterima oleh semua masyarakat di negara kita sebagai sumber makanan harian yang enak dan kaya dengan protien. Penerimaan yang menggalakkan itu telah mendorong aktiviti penternakan dilakukan secara meluas melalui pelbagai kaedah.
Selain protien,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan terhadap kesihatan manusia. Antaranya seperti meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf, memulihkan radang dan mengurangkan kadar bengkak pada sendi. Selain itu, ia juga mampu untuk mengurangkan kadar risiko sakit jantung dan baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Thursday, November 27, 2008

Koperasi (KOTAWA)

Green Vision Sdn Bhd merupakan ahli kepada Koperasi Penternakan Akuakultur Air Tawar Berhad (KOTAWA). KOTAWA telah ditubuhkan hampir 2 tahun dengan objektif untuk membantu para penternak khususnya penternak melayu. Contohnya bagi mengurangkan kos makanan ikan (pellet). Oleh yang demikian, Koperasi telah bercadang untuk mewujudkan kilang pellet. Kini, permohonan tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. InsyaAllah, tidak lama lagi akan wujudlah satu lagi kilang pellet bumiputera.
KOTAWA juga membuka keahlian untuk para penternak ikan. Kepada berminat,boleh hubungi Puan Saadiah untuk maklumat lanjut.
Mesyuarat agung Tahunan kali ke-2 akan di adakan pada 30 November 2008 (Ahad) jam 10.00 pagi di Dewan Taklimat Green Vision Sdn Bhd. Kepada semua ahli koperasi dijemput hadir.

Friday, November 21, 2008

KURSUS




Peserta kursus ketika praktikal melakukan kerja-kerja di kolam.









Peserta kursus ketika sesi pengajaran secara teori.




Kami juga menawarkan beberapa kursus di bidang penternakan ikan air tawar. Antaranya:

1)Kursus Asas Pengurusan Kolam(5 hari)- RM750 seorang
-lengkap makan dan penginapan.
-pengajaran secara teori dan amali
- nota diberikan
- sijil penyertaan

2)Kursus Pembenihan (5 hari) - RM750 seorang
-lengkap makan dan penginapan
-pengajaran secara teori dan amali
- nota diberikan
-sijil penyertaan

3)Seminar 1 hari -Asas Pengurusan Kolam -RM150 seorang
-lengkap makan minum
-nota lengkap
-sijil penyertaan
Untuk tempahan tarikh kursus boleh hubungi 012-9729851(Pn.Haezrina)




Koleksi gambar Green Vision




Penyampaian Sijil untuk peserta-peserta Kursus oleh En. Mohd Fadzil bin Ibrahim,Pengarah Urusan Green Vision Sdn. Bhd .





Ketika sesi lawatan dari pelawat berkumpulan. Antaranya dari jabatan kerajaan dan swasta, pertubuhan, persatuan dan koperasi. Untuk melakukan lawatan, hubungi no di bawah ;
012-9729851 (Pn.Haezrina)
016-3614469 (Pn. Saadiah)


En. Mohd Fadzil bin Ibrahim bersama Bekas Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.
p/s:Inilah baju koporat Green Vision





















Thursday, November 20, 2008

Kolam Transit


Inilah kolam transit yang mampu memuatkan sehingga 10tan ikan dalam satu masa.


Ikan-ikan keli ketika di harvest


Nampak tak?Ikan-ikan ni semua sedang di harvest untuk dipindahkan sementara ke kolam transit sementara menunggu para pemborong.




Green Vision

Alhamdulillah...setelah Green Vision ditubuhkan 2 tahun kebelakangan ini, perkembangan bisnes yang asalnya dari Mohd Fadzil Enterprise semakin giat berkembang. Kalau dulu, semua jenis ikan air tawar diternak dan dijual, kini Green Vision hanya memfokuskan kepada ternakan keli sahaja.

Dengan kepakaran dan pengalaman selama 20 tahun di bidang ini, pemilik iaitu Mohd Fadzil Ibrahim dan dibantu oleh isteri Saadiah bt Kamit, perniagaan ini semakin dikenali ramai.Juga tidak lupa anak-anak yang turut serta mengembeleng tenaga dan kepakaran masing-masing untuk memastikan perjuangan ayah dan bonda tidak terhenti. Semoga dengan kerjasama yang tercurah, terus membuahkan hasil.

Tuesday, November 18, 2008

Pemakanan

Pemakanan ternakan adalah pellet 100%

Pengeluaran Ikan Keli


Ternakan keli sedia untuk dituai. Pengeluaran 1 hari 1-2 tan. Pengeluaran berterusan mengikut permintaan.

Gambar Kawasan Kolam Ternakan Keli

Setiap kolam bersaiz 20 x 30x 4 kaki. Dimuatkan 10,000 ekor benih setiap kolam.


250 buah kolam ternakan keli di Taman Agroteknologi Pertanian Bistari Jaya, Jln Raja Musa, Kuala Selangor