Saturday, January 16, 2010

KURSUS PEMPROSESAN PRODUK HILIRAN (IKAN KELI KERING)

KURSUS PEMPROSESAN PRODUK HILIRAN
(IKAN KELI KERING)
(SESI 1/2010)

TARIKH: 23 – 24 JANUARI 2010

TEMPAT:TAMAN AGROTEKNOLOGI PERTANIAN BESTARI JAYA
JALAN RAJA MUSA, 45000 KUALA SELANGOR

PENGAMBILAN PESERTA:5 ORANG SETIAP SESI

YURAN:RM300 (dibayar ketika pendaftaran)

Untuk tempahan tempat & pertanyaan:
016-3614469(Pn Saadiah)


KURSUS PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

KURSUS PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

(SESI 2/2010)

TARIKH: 8 – 11 FEBRUARI 2010

TEMPAT:TAMAN AGROTEKNOLOGI PERTANIAN BESTARI JAYA

JALAN RAJA MUSA, 45000 KUALA SELANGOR

PENGAMBILAN PESERTA:5 ORANG SETIAP SESI

YURAN:RM750 (dibayar ketika pendaftaran)


Untuk tempahan tempat & Maklumat lanjut:

016 3614469@012-9729851

Thursday, October 22, 2009

Notis AGM 2009 untuk ahli KOTAWA

Kepada semua Ahli Lembaga Koperasi dan anggota yang berdaftar, di sini di umumkan sekali lagi mengenai butiran AGM kali ke-3 Koperasi penternakan Akuakultur Air Tawar Berhad.Surat notis untuk semua ahli berdaftar telah dikirim melalui pos. Berikut adalah butiran mesyuarat tersebut:

Tarikh: 25 Oktober 2009 (Ahad)

Jama: 10.00 pagi

Venue: Dewan Taklimat Green Vision Sdn Bhd

Oleh yang demikian, semua yang terlibat(ahli koperasi) dijemput hadir untuk membincangkan hala tuju koperasi. Semoga Kehadiran anda dapat memeriahkan majlis.

p/s: makan tengahari disediakan

TQ

Monday, October 19, 2009

ikan kering oh ikan kering...

Sejak kebelakangan ini, pihak kami banyak menerima respon dari orang ramai bertanyakan mengenai ikan keli. Dari soalan macamana ia dibuat sehinggalah soalan tentang pasaran keli kering tersebut.Tidak dinafikan ramai yang sudah membuat sendiri ikan keli kering,tapi rata-rata punya masalah pemasaran. Hari ini pihak kami berbesar hati untuk berkongsi mengenai penghasilan ikan keli kering dari syarikat ini.

Sebenarnya, ikan kering yang kami hasilkan hanya menggunakan ikan kering yang nipis..bermakna ikan yang tidak mencapai saiz jualan iaitu dalam kategori saiz 9-11 ekor sekilogram. Ini kerana ikan kering sebegini lebih rangup dan sedap. Ramai rakan-rakan kami ada menghantar ikan kering yang dihasilkan untuk kami pasarkan, namun oleh kerana isi tebal dan berat, ia tidak dapat dipasarkan kerana rata-rata pelanggan kami hanya mahukan ikan kering nipis. Bila menggunakan ikan kering yang tebal dan besar, bermakna harga jualan juga mahal dan kuantiti yang sedikit.

Selain itu, ikan kering yang dihasilkan tidak masin. Ia sesuai untuk semua peringkat umur. Malah sesuai untuk yang berpantang. Digoreng seperti keropok keping, dihidangkan panas2 bersama nasi panas..sungguh lazat dan baunya yang harum berlemak.

Pelanggan kami kebanyakannya katering kerana ia sesuai dihidangkan ketika majlis kenduri kahwin. Setakat ini, harga pukal ikan kering adalah RM30 sekilogram. Bagi yang ingin mencuba, boleh cuba dalam paket kecil yang hanya dijual pada harga RM3 sepaket. Boleh datang ke tempat kami untuk mendapatkannya. Jika ada yang ingin mencuba tapi sukar untuk datang ke tempat kami, bolehlah order, dan kami akan poskan dengan segera melalui pos laju. Jadi jangan ketinggalan untuk merasai ikan keli kering rangup ini..juga sesuai dibuat keropok jajan.

Wednesday, October 14, 2009

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
1 kilo ikan keli
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup.
Limau kasturi
Garam secukup rasa
Cara:
Kisar cili padi, bawang, dan kunyit hidup.
pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) .

Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang
Cadangan Hidangan:
Hidangkan semasa panas.

Tambahan:
Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur. Selamat memasak.




Sunday, August 23, 2009

Usahawan berjaya..

Semalam balik dari Kedah, sempat singgah kolam peserta contract farming kita di Bidor,Perak. En Roslan namanya...hmmm...dah lama x dengar cerita dr beliau. So, semalam alang-alang lalu..menjenguk la sekejap. Masa kami sampai, beliau dan ank2 tengah menangguk ikan untuk dijual kepada pemborong yang menunggu...
Boleh dikatakan beliau sudah berjaya dan tak bergantung kepada GV untuk menjual ikan2 beliau. Malah, benih ikan keli juga beliau beli sendiri..oklah tuu..Sebenarnya, itulah yang GV harapkan..agar para penternak dan usahawan keli tidak bergantung sepenuhnya kepada syarikat..bergerak sendiri dan berusaha sendiri barulah dapat hasil yang lebih. Buktinya, En Roslan dah mendirikan sebuah banglo di hadapan kolam beliau..katanya, hasil duit ikan. Mak oii...hebat betul En Roslan kita ni...
Kami juga sempat menjenguk kolam kawan2 En Roslan ni..En Zailan dan En Ramli...Alhamdulillah..semuanya menampakkan hasil..siap ada hatcheri untuk pembenihan lagi. Bagus usaha mereka. Sebenarnya, mereka bertiga mengambil kursus pengurusan asas kolam di GV, tetapi hanya En Roslan sahaja menjadi peserta contract farming. Manakala 2 org lagi x jadi masuk contract farming sebab tak cukup modal masa tu. Tapi alhamdulillah...dengan usaha sendiri, mereka semakin berjaya. Itulah yang kami harapkan. Mereka datang ke GV untuk mencari ilmu tentang dunia ikan, dan kini kami bersyukur kerana ilmu yang dicurahkan kepada mereka tidak disia-siakan.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada En Roslan, En Zailan dan En Ramli. Semoga kalian terus maju dalam dunia penternakan ikan.

Thursday, August 20, 2009

Info Ternakan Keli

Tahukah anda ikan di laut sudah semakin berkurangan ketika ini?Ini bukan omongan kosong, ia dinyatakan sendiri oleh "orang kuat" persatuan nelayan Malaysia pada konvensyen perikanan baru-baru ini. Bermakna, masyarakat kita akan berkurangan sumber protein sekiranya terus bergantung kepada sumber laut ini. Tidak dapat dielakkan, ikan air tawar akan mendapat sambutan yang tinggi bagi memenuhi keperluan protein negara, tidak kiralah ikan keli, talapia atau sebagainya. Suatu hari nanti, penternak ikan air tawar akan mendapat manfaat yang besar dari nya.

Ikan Keli adalah sejenis ikan air tawar yang tahan lasak dan senang dibela. Ia adalah salah satu spesis catfish yang semakin mendapat tempat di negara kita dan juga dunia. Ini kerana kandungan protein yang tinggi dan mempunyai kandungan omega3 yang baik untuk pertumbuhan manusia. Ia kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Ini dibuktikan semua restoran punya hidangan keli. Malaysia memainkan peranan dalam industri akuakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.

Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif terhadap spesis ini antara halangan awal. Namun, dengan perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan telah mengubah penerimaan masyarakat terhadap ternakan ini.

Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadapnya, contohnya ikan keli sudah divariasikan kepada sardin, nugget dan sebagainya yang menambah value added kepada industri penternakan keli. Ia berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peneraju utama selain sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas dan polytank.

Kepada penternak baru yang ingin menyahut cabaran menternak keli untuk dikomersialkan, boleh menghubungi pihak kami untuk mendapat khidmat nasihat, bantuan dan tunjuk ajar.