Thursday, August 20, 2009

Info Ternakan Keli

Tahukah anda ikan di laut sudah semakin berkurangan ketika ini?Ini bukan omongan kosong, ia dinyatakan sendiri oleh "orang kuat" persatuan nelayan Malaysia pada konvensyen perikanan baru-baru ini. Bermakna, masyarakat kita akan berkurangan sumber protein sekiranya terus bergantung kepada sumber laut ini. Tidak dapat dielakkan, ikan air tawar akan mendapat sambutan yang tinggi bagi memenuhi keperluan protein negara, tidak kiralah ikan keli, talapia atau sebagainya. Suatu hari nanti, penternak ikan air tawar akan mendapat manfaat yang besar dari nya.

Ikan Keli adalah sejenis ikan air tawar yang tahan lasak dan senang dibela. Ia adalah salah satu spesis catfish yang semakin mendapat tempat di negara kita dan juga dunia. Ini kerana kandungan protein yang tinggi dan mempunyai kandungan omega3 yang baik untuk pertumbuhan manusia. Ia kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Ini dibuktikan semua restoran punya hidangan keli. Malaysia memainkan peranan dalam industri akuakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.

Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif terhadap spesis ini antara halangan awal. Namun, dengan perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan telah mengubah penerimaan masyarakat terhadap ternakan ini.

Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadapnya, contohnya ikan keli sudah divariasikan kepada sardin, nugget dan sebagainya yang menambah value added kepada industri penternakan keli. Ia berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peneraju utama selain sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas dan polytank.

Kepada penternak baru yang ingin menyahut cabaran menternak keli untuk dikomersialkan, boleh menghubungi pihak kami untuk mendapat khidmat nasihat, bantuan dan tunjuk ajar.

0 comments: