Friday, November 28, 2008

Keli Kaya lemak Omega-3

Hidangan ikan keli kini semakin diterima oleh semua masyarakat di negara kita sebagai sumber makanan harian yang enak dan kaya dengan protien. Penerimaan yang menggalakkan itu telah mendorong aktiviti penternakan dilakukan secara meluas melalui pelbagai kaedah.
Selain protien,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan terhadap kesihatan manusia. Antaranya seperti meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf, memulihkan radang dan mengurangkan kadar bengkak pada sendi. Selain itu, ia juga mampu untuk mengurangkan kadar risiko sakit jantung dan baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.

0 comments: