Thursday, November 27, 2008

Koperasi (KOTAWA)

Green Vision Sdn Bhd merupakan ahli kepada Koperasi Penternakan Akuakultur Air Tawar Berhad (KOTAWA). KOTAWA telah ditubuhkan hampir 2 tahun dengan objektif untuk membantu para penternak khususnya penternak melayu. Contohnya bagi mengurangkan kos makanan ikan (pellet). Oleh yang demikian, Koperasi telah bercadang untuk mewujudkan kilang pellet. Kini, permohonan tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. InsyaAllah, tidak lama lagi akan wujudlah satu lagi kilang pellet bumiputera.
KOTAWA juga membuka keahlian untuk para penternak ikan. Kepada berminat,boleh hubungi Puan Saadiah untuk maklumat lanjut.
Mesyuarat agung Tahunan kali ke-2 akan di adakan pada 30 November 2008 (Ahad) jam 10.00 pagi di Dewan Taklimat Green Vision Sdn Bhd. Kepada semua ahli koperasi dijemput hadir.

0 comments: