Thursday, August 20, 2009

Kualiti air bagi ikan keli

Ramai rakan penternak mengadu ikan mereka mati setelah seminggu dua di masuk ke dalam kolam ternakan. Bila ditanya keadaan air kolam, penternak membiarkan air mengalir keluar - masuk. Tujuan baik, tapi tidak kena pada tempatnya.

Ikan keli tidak seperti ternakan lain seperti talapia, lampan atau baung yang memerlukan air sentiasa keluar-masuk ke dalam kolam. Kematian ternakan dan petumbuhan ikan ini terbantut sekiranya diternak di dalam air jernih.

Ikan berbau

Penternak mungkin memikirkan ternakan akan berbau sekiranya diternak dalam air hijau/keruh. Walaupun hijau, air kolam mesti dimasukkan secara berkala bagi mengelak air berbau.

Hasilkan air hijau

Pada kebiasaannya bila anak ikan dimasukkan dalam tempoh seminggu air kolam akan menjadi hijau. Namun penternak boleh menggunakan medium sokongan iaitu bahan-bahan organik bagi tujuan menghasilkan air hijau di peringkat awal. Tinja lembu kering dan baja tinja ayam antara yang biasa digunakan penternak disebabkan kos lebih murah berbanding baja kimia.

Diharap penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit gambaran berkenaan kualiti air bagi ternakan keli terutamanya kepada mereka yang baru menceburi bidang ini.

Sumber: www.pergauhatchery.com

0 comments: